Pindah rumah…

Sila ke laman yang baru: http://sssums.wordpress.com

Comments (1) »

Seminar Sekolah Sains Sosial

Tarikh   :       29 Ogos 2007
Masa      :       2.30 pm
Tempat   :      Bilik Mesyuarat Utama (BMU)

Pembentangan Pra-Viva Siri 02/2007 Pembentangan

Pencapaian Rendah Dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah di Kalangan Murid Luar Bandar: Kajian Kes Daerah Tenom, Sabah
Oleh: Aloysius Bin Polius

Pembentangan Kertaskerja (Seminar Berkala SSS 13/2007)

Sejarah Penyiaran Radio Etnik Sabah

Oleh: Saat Ag. Damit

Pemerintah & Pendatang Tanpa Izin
Oleh: W.Shawaluddin W.Hassan & Zaini Othman

Pekerja Seks di Sabah :  Isu Transmigrasi, Ekonomi dan Keselamatan
Oleh: Fazli A.Hamid, W. Shawaluddin W. Hassan & Marja Azlima Omar

Leave a comment »

PascaSiswazah

Pembentangan pra-viva untuk pelajar-pelajar sarjana Sekolah Sains Sosial akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut:

Oleh: Intan Azirah Abdul Rahman & Soon Lii Chyi

Masa: 2.30pm

Tarikh: 24 Ogos 2007 (Jumaat)

Tempat: Bilik Mesyuarat Dekan, Aras 1

Oleh: Aloysius Polius

Masa: 2.30pm

Tarikh: 28 Ogos 2007 (Selasa) 29 Ogos 2007 (Rabu)

Tempat: Bilik Mesyuarat Dekan, Aras 1

Leave a comment »

Kolaborasi Antarabangsa

MEMO DALAMAN

Daripada:                Dr. Ramzah Dambul dan

                                 Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid Cooke

Kepada:                  Kakitangan Akademik Sains Sosial

Tarikh:                   23 August 2007

Melalui dan Salinan kepada:  Dr. Asmady Idris, Dekan, SSS

PERHUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MACQUARIE UNIVERSITI, SYDNEY, AUSTRALIA

Isu lawatan pelajar dan pensyarah dari MacQuarie Universiti telah di bincangkan dalam mesyuarat sekolah pada 15hb. Ogos minggu lepas. Dengan ringkas, disenaraikan beberapa idea dan saranan yang mungkin perlu dipertimbangkan bersama MacQuarie apabila mereka mengunjungi Sekolah pada 25 September kelak.  Idea ini merangkumi pelan jangkamasa panjang yang diharap dapat memberi faedah kepada sekolah dan ditulis dalam bahasa Inggeris.

Setakat ini idea adalah dalam bentuk cadangan sahaja dan perlu input yang lebih jelas dan spesifik daripada semua kakitangan. Kami perlukan sokongan anda, dan sila berhubung melalui telfon, bertemu secara peribadi atau emel: rdambul@gmail.com, fadzilah@ums.edu.my. Oleh kerana masa agak suntuk, kami perlukan idea anda sebelum konvokosyen bermula.

Isu yang perlu di pertimbangkan ada lah

  • Capacity building in research and writing (especially for international journals)
  • Joint teaching – devising joint curriculums/programs – especially postgraduate
  • Student exchange
  • Staff exchange and fellowships (hosting and sending)
  • Co-organising international conference

Apabila kami menerima cadangan dari anda, sekaligus anda boleh juga boleh, secara sukarela, menawarkan diri untuk menjadi ahli dalam j/k kecil yang akan ditubuhkan untuk mengendali perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Leave a comment »

Tahniah!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Klik gambar untuk paparan optima

 

Sdra. Musli Tarsat selamat menjalani viva untuk pengajian sarjana (secara penyelidikan) pada 15 Ogos 2007. Beliau yang diselia oleh Prof. Dr. Sabihah Osman (penyelia utama) dan En. Mohamad Shaukhi Md. Radzi (penyelia bersama) telah lulus dengan pembetulan minor dan dijangka akan bergraduat pada September 2007.

Seluruh warga Sekolah Sains Sosial ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Sdra. Musli Tarsat dan kedua-kedua penyelia.

Comments (3) »

Belasungkawa

Assalamualaikum wr. Wb. / Salam Sejahtera,  

Dimaklumkan bahawa ayah kepada En. Suhaimi Salleh telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini (15 Ogos 2007) bersamaan dengan 02 Syaaban 1428H.  

“AL-FATIHAH”   Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.   Sekian, harap maklum.  

Yang ikhlas,  
Zuraini Hj. Hamdin
Penolong Pendaftar
Sekolah Sains Sosial

Leave a comment »