July 30, 2007
· Filed under Aktiviti, Geografi, Hubungan Antarabangsa, Memo, Mesyuarat, Pelajar, Persidangan
Hari Rabu pada minggu ini adalah hari yang padat dan meriah. Tiga program akan berjalan di Sekolah Sains Sosial secara berturut-turut.
MESYUARAT PERSIDANGAN BRC 2008
Masa : 12.30 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3
SEMINAR BERKALA CeRGIS 2/2007
The evolution of GIS into an essential multidisciplinary tool for research and development
Oleh: Dr. Robert Barr CGeo (University of Manchester)
Masa : 2.30 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3
WEEKLY PUBLIC SPEAKING
Aktiviti pengucapan awam anjuran Program Hubungan Antarabangsa, khusus untuk para pelajar SSS — semua program pengajian! Aktiviti ini juga dijalankan setiap minggu. Semua pensyarah patut menggalakkan pelajarnya terlibat. Peluang terbaik untuk mengasah kemahiran insaniah.
Masa : 4.00pm
Tempat : Lobi, Sekolah Sains Sosial
July 27, 2007
· Filed under Aktiviti, Foto, Pelajar, Staf
July 26, 2007
· Filed under Diskusi, Pascasiswazah, Pengajaran
Kertas cadangan ini dihasilkan oleh En. Paul Porodong, dan telah dibentangkan dalam mesyuarat JK Akademik yang terdahulu (sila download atau baca secara online: Kertaskerja Cadangan). Ia bertujuan untuk memohon pertimbangan daripada pihak Senat Universiti Malaysia Sabah untuk mendapatkan kelulusan penawaran Ijazah Kursus sepenuh masa dan separuh masa Sarjana Sastera (M.A). Mohon kerjasama tuan-puan untuk memberi sumbangsaran dan pandangan.
Sarjana Alam Sekitar dan Pembangunan
Masters in Environment and Development
July 25, 2007
· Filed under Aktiviti, Berita, Foto, Hubungan Antarabangsa, Pelajar, Public Speaking
Pn. Marja Azlima Omar, pensyarah Hubungan Antarabangsa, memulakan rentak aktiviti pelajar pada sesi 2007/2008 dengan program “Public Speaking” — yang berjalan dalam suasana yang sungguh menguja dan menyeronokkan. Aktiviti yang bertujuan mengasah kemahiran pengucapan awam di kalangan pelajar ini terbuka kepada semua program pengajian. Tidak terhad kepada pelajar Hubungan Antarabangsa sahaja.
| View Show | Create Your Own
July 25, 2007
· Filed under Aktiviti, Foto, Pascasiswazah, Persidangan, Staf
JK Persidangan (yang diketuai oleh Dr. Kntayya Mariappan) mengambil langkah proaktif pada permulaan sesi 2007/2008 dari segi penganjuran wacana ilmiah. Sepanjang minggu lepas dan minggu ini, sudah diadakan tiga sesi pembentangan kertaskerja dan kertas penyelidikan — yang melibatkan para pensyarah SS, tenaga akademik jemputan luar dan para pelajar pascasiswazah.
| View Show | Create Your Own
July 25, 2007
· Filed under Aktiviti, Geografi, Pelajar, Pengajaran, Prasiswazah, Staf
Satu kerjalapangan Program Geografi telah dijalankan di koridor Pantai Timur Sabah (Tawau-Kunak-Semporna) pada 14-21 Mei 2007. Ia diselaraskan oleh En. Nordin Sakke (Penyelaras Kerjalapangan), dan telah dijayakan oleh semua pensyarah Program Geografi: iaitu En. Mustapa Abd Talip (Ketua Program), En. Oliver Valentine Eboy (Penyelaras Gugusan Kemanusiaan), Pn. Jurry Foo (Penyelaras Gugusan Fizikal), En. Aliakbar Gulasan, En. Abd Munir Ladoni dan Dr. Ramzah Dambul.
| View Show | Create Your Own
PS: Ketika ini, Pn. Harifah Mohd Noor belum lagi melapor diri untuk bertugas.