Bicara

 Nota: Ini adalah himpunan catatan personal Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) berkait dengan persekitaran dunia menara gading: merangkumi aspek pentadbiran, pengajaran, pembelajaran serta hal-ehwal yang sewaktu dengan ini.

________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

Catatan (1): 4 April 2007
(i)

Saya disergah seseorang: kenapa beriya-iya mahu jimatkan kertas? Saya fikir dia bukan marah. Cuma barangkali kurang senang dengan penyaluran maklumat menerusi elektronik. Ya, saya faham. Memang internet UMS lembab terhegeh-hegeh, macam siput tak cukup lendir. Ketika waktu puncak, masa yang diguna untuk membuka satu email, kadang-kadang tempohnya setara dengan masa yang diguna untuk mencuci sebuah kawah dodol yang besar. Itu baru buka, belum lagi baca!

Tapi di sebalik kelembaban ini, saya fikir komunikasi secara elektronik masih satu alternatif yang bagus. Kelebihan paling utama, kita boleh akses info walau di mana saja. Tak perlu berada di sekolah secara fizikal. Bahkan, kalau kita berada di Papua New Guinea pun, kita masih boleh intim dekat dengan berita-berita opis.

(ii)
Saya kurang gemar dengan rutin edaran hard-copy kerana saya fikir itu tidak ekonomik. Bukan saja dari segi materi, tetapi juga dari segi tenaga dan produktiviti pengurusan. Bukan semua maklumat mempunyai nilai relevan yang sama untuk setiap orang. Biarpun maklumat itu sifatnya umum. Sedangkan bila mau diedar secara hard-copy, kita terpaksa edar pada semua. Kalau tidak, nanti dikata diskriminasi. Menyalahi prinsip ISO.

Penyaluran menerusi sirkulasi elektronik (email) dan board siber (blog) lebih ekonomik. Kita libatkan semua orang, tapi para pengguna boleh memilih secara selektif maklumat mana yang mereka mau layan atau bo-layan. Pilihan ada di hujung jari kita. Hanya satu klik. Tak perlu lagi pigeon hole kita diseksa dengan longgokan kertas setiap hari.

Lagipun, kalau dihantar secara ‘fizikal’, kebarangkalian untuk tercicir lebih tinggi. Kalau secara elektronik, ia boleh dirujuk semula bila-bila masa. Kalau malas baca di skrin, ada pilihan untuk print.Sekadar makluman, seluruh bangunan SS bakal dilengkapi kemudahan ‘wireless internet’ sebelum sesi baru bermula. Itu akan memudahkan lagi akses terhadap internet; serta menyenangkan tugas-tugas pengajaran (terutama bagi para pensyarah yang mengamalkan web-based teaching).

Saya fikir ini juga akan membantu merealisasikan usaha kita ke arah ‘paperless admin’. Sana-sini orang sibuk dengan proses penjenamaan-semula (rebranding). Ya, ia satu strategi yang bagus untuk meningkatkan imej. Soalnya, bagaimana sebuah institusi pendidikan seperti SS boleh dijenamakan semula? Menguasai teknologi informasi adalah cara terbaik. IT sangat sinonim dengan pendidikan dan penyelidikan. Justeru, kalau kita mahu perkenalkan SS sebagai gedung ilmu mesra-teknologi yang tidak fobia IT, ia harus bermula dari asas. Ya, bermula daripada kita: para pendidik merangkap penyelidik. Kan?  

(iii)
OK, kita masih bercakap tentang isu kertas ya. Barangkali hujah-hujah di atas itu tidak cukup menyakinkan sesetengah orang. Apa kata kita melihatnya pula dari sudut kemanusiaan dan obligasi sosial. Bagaimana? OK, let the climatologist speaks up: global warming is real! And it’s more alarming now than the previous decade. We certainly can’t afford to do nothing, can we?

Bolehkah kita menyelamatkan dunia dengan penjimatan sehelai kertas? May be not. But, does it make a difference in a long run? Yes, it does. Let me tell you the bitchiest thing about global warming. Impak petaka ini sangat tidak adil. The poorest countries in the world (i.e. the sub-Saharan Africa, Siberia and its surrounding) are relatively more prone to climate change.

Bila kesan pemanasan bumi berlaku, negara-negara miskin ini (yang secara natural lebih sensitif terhadap perubahan ekstrim iklim) terpaksa menanggung akibat yang lebih signifikan. Yang ironi, mereka bukanlah penyumbang utama kepada gejala global warming! Imagine this. Kita di sini bergelendangan ria dengan penggunaan kertas yang berlebihan, sedangkan akibat dari pembaziran itu akan ditanggung lebih perit oleh orang lain.

Ya, memang kita yang bayar kos kertas. Tapi kos derita, mereka yang membayarnya.

(iv)
Mulai hari ini, memo edaran dari P & I hanya akan datang dalam bentuk kertas mini, melainkan perkara yang betul-betul mustahak.