Archive for Pengajaran

Kolaborasi Antarabangsa

MEMO DALAMAN

Daripada:                Dr. Ramzah Dambul dan

                                 Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid Cooke

Kepada:                  Kakitangan Akademik Sains Sosial

Tarikh:                   23 August 2007

Melalui dan Salinan kepada:  Dr. Asmady Idris, Dekan, SSS

PERHUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MACQUARIE UNIVERSITI, SYDNEY, AUSTRALIA

Isu lawatan pelajar dan pensyarah dari MacQuarie Universiti telah di bincangkan dalam mesyuarat sekolah pada 15hb. Ogos minggu lepas. Dengan ringkas, disenaraikan beberapa idea dan saranan yang mungkin perlu dipertimbangkan bersama MacQuarie apabila mereka mengunjungi Sekolah pada 25 September kelak.  Idea ini merangkumi pelan jangkamasa panjang yang diharap dapat memberi faedah kepada sekolah dan ditulis dalam bahasa Inggeris.

Setakat ini idea adalah dalam bentuk cadangan sahaja dan perlu input yang lebih jelas dan spesifik daripada semua kakitangan. Kami perlukan sokongan anda, dan sila berhubung melalui telfon, bertemu secara peribadi atau emel: rdambul@gmail.com, fadzilah@ums.edu.my. Oleh kerana masa agak suntuk, kami perlukan idea anda sebelum konvokosyen bermula.

Isu yang perlu di pertimbangkan ada lah

  • Capacity building in research and writing (especially for international journals)
  • Joint teaching – devising joint curriculums/programs – especially postgraduate
  • Student exchange
  • Staff exchange and fellowships (hosting and sending)
  • Co-organising international conference

Apabila kami menerima cadangan dari anda, sekaligus anda boleh juga boleh, secara sukarela, menawarkan diri untuk menjadi ahli dalam j/k kecil yang akan ditubuhkan untuk mengendali perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Leave a comment »

Sarjana Alam Sekitar dan Pembangunan

Kertas cadangan ini dihasilkan oleh En. Paul Porodong, dan telah dibentangkan dalam mesyuarat JK Akademik yang terdahulu (sila download atau baca secara online: Kertaskerja Cadangan). Ia bertujuan untuk memohon pertimbangan daripada pihak Senat Universiti Malaysia Sabah untuk mendapatkan kelulusan penawaran Ijazah Kursus sepenuh masa dan separuh masa Sarjana Sastera (M.A). Mohon kerjasama tuan-puan untuk memberi sumbangsaran dan pandangan.

Sarjana  Alam Sekitar dan Pembangunan
Masters in Environment and Development

Comments (8) »

Kerjalapangan Program Geografi 2007

Satu kerjalapangan Program Geografi telah dijalankan di koridor Pantai Timur Sabah (Tawau-Kunak-Semporna) pada 14-21 Mei 2007. Ia diselaraskan oleh En. Nordin Sakke (Penyelaras Kerjalapangan), dan telah dijayakan oleh semua pensyarah Program Geografi: iaitu En. Mustapa Abd Talip (Ketua Program), En. Oliver Valentine Eboy (Penyelaras Gugusan Kemanusiaan), Pn. Jurry Foo (Penyelaras Gugusan Fizikal), En. Aliakbar Gulasan, En. Abd Munir Ladoni dan Dr. Ramzah Dambul.


| View Show | Create Your Own

PS: Ketika ini, Pn. Harifah Mohd Noor belum lagi melapor diri untuk bertugas.

Leave a comment »