August 24, 2007
· Filed under Diskusi, Memo, Pengajaran, Penyelidikan, Persidangan, Staf
MEMO DALAMAN
Daripada: Dr. Ramzah Dambul dan
Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid Cooke
Kepada: Kakitangan Akademik Sains Sosial
Tarikh: 23 August 2007
Melalui dan Salinan kepada: Dr. Asmady Idris, Dekan, SSS
PERHUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MACQUARIE UNIVERSITI, SYDNEY, AUSTRALIA
Isu lawatan pelajar dan pensyarah dari MacQuarie Universiti telah di bincangkan dalam mesyuarat sekolah pada 15hb. Ogos minggu lepas. Dengan ringkas, disenaraikan beberapa idea dan saranan yang mungkin perlu dipertimbangkan bersama MacQuarie apabila mereka mengunjungi Sekolah pada 25 September kelak. Idea ini merangkumi pelan jangkamasa panjang yang diharap dapat memberi faedah kepada sekolah dan ditulis dalam bahasa Inggeris.
Setakat ini idea adalah dalam bentuk cadangan sahaja dan perlu input yang lebih jelas dan spesifik daripada semua kakitangan. Kami perlukan sokongan anda, dan sila berhubung melalui telfon, bertemu secara peribadi atau emel: rdambul@gmail.com, fadzilah@ums.edu.my. Oleh kerana masa agak suntuk, kami perlukan idea anda sebelum konvokosyen bermula.
Isu yang perlu di pertimbangkan ada lah
- Capacity building in research and writing (especially for international journals)
- Joint teaching – devising joint curriculums/programs – especially postgraduate
- Student exchange
- Staff exchange and fellowships (hosting and sending)
- Co-organising international conference
Apabila kami menerima cadangan dari anda, sekaligus anda boleh juga boleh, secara sukarela, menawarkan diri untuk menjadi ahli dalam j/k kecil yang akan ditubuhkan untuk mengendali perkara ini.
Sekian, terima kasih.
July 26, 2007
· Filed under Diskusi, Pascasiswazah, Pengajaran
Kertas cadangan ini dihasilkan oleh En. Paul Porodong, dan telah dibentangkan dalam mesyuarat JK Akademik yang terdahulu (sila download atau baca secara online: Kertaskerja Cadangan). Ia bertujuan untuk memohon pertimbangan daripada pihak Senat Universiti Malaysia Sabah untuk mendapatkan kelulusan penawaran Ijazah Kursus sepenuh masa dan separuh masa Sarjana Sastera (M.A). Mohon kerjasama tuan-puan untuk memberi sumbangsaran dan pandangan.
Sarjana Alam Sekitar dan Pembangunan
Masters in Environment and Development
July 23, 2007
· Filed under Diskusi, Pascasiswazah
Mohon Tuan-Puan meneliti kertaskonsep ringkas (sila download sini) tentang program di atas. Ini adalah susulan kepada cadangan dalam mesyuarat JK Pascasiswazah yang lepas untuk mengusulkan satu program yang boleh memantapkan para pelajar pasca SSS; khususnya dari segi kemahiran penyelidikan dan kesedaran budaya ilmiah. Program ini dijangka akan dijalankan pada bulan September, dan akan melibatkan lebihkurang 30-40 pelajar pascasiswazah (sarjana/PhD) yang berada antara semester 1 hingga 3. Kertaskerja lengkap dan belanjawan hanya akan dibuat selepas mendapat sumbangsaran daripada semua ahli Sekolah Sains Sosial. Salah satu matlamat paling utama program ini adalah untuk meningkatkan kualiti pengajian pascasiswazah sekolah ini.
Kertaskonsep ini masih tentatif. Ia terbuka kepada sebarang cadangan pengubahsuaian: sama ada dari segi pendekatan, perlaksanaan mahupun pengisian. Saya mohon Tuan-Puan memberi sumbangsaran, kritikan, cadangan dan penambahan yang difikirkan perlu.
Terima kasih,
Ramzah