Archive for Antropologi & Sosiologi

PascaSiswazah

Pembentangan pra-viva untuk pelajar-pelajar sarjana Sekolah Sains Sosial akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut:

Oleh: Intan Azirah Abdul Rahman & Soon Lii Chyi

Masa: 2.30pm

Tarikh: 24 Ogos 2007 (Jumaat)

Tempat: Bilik Mesyuarat Dekan, Aras 1

Oleh: Aloysius Polius

Masa: 2.30pm

Tarikh: 28 Ogos 2007 (Selasa) 29 Ogos 2007 (Rabu)

Tempat: Bilik Mesyuarat Dekan, Aras 1

Leave a comment »

Seminar Pascasiswazah

Tarikh: 25 Julai 2007
Hari/Masa:
Rabu (10.30 am)
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama (Tingkat 3)

Tradisi Lisan Sukukaum Tatana Kuala Penyu, Sabah: Satu Analisis Unsur Kemasyarakatan
Oleh: Monih Epin (Calon Sarjana) 

Komuniti Migran di Sempadan Sabah: Kajian Kes di Kampung Aji Kuning
Oleh: Ramlah Daud (Calon Sarjana) 

The Restructuring of Indigenous Society and the Uprisings against the British North Borneo Chartered Company
Oleh: Sanen Marshall (Calon MPhil/PhD)

Leave a comment »

Fellowship di Curtin University (7 Mei – 9 Julai 2007)

  LAPORAN KEPULANGAN DARI CURTIN UNIVERSITY

Ribuan terima kasih diucapkan kerana kebenaran bercuti untuk saya menerima fellowship dari Curtin University, Perth. Seperti telah dimaklumkan sebelum saya berlepas, fellowship dari Curtin University ini membiayai sara hidup saya semasa di sana dari 7 hb. Mei hingga 9 hb. Julai.

Mengikut pihak pentadbir Curtin Universiti, pada tahun ini ada 6 orang pemohon dari dalam Australia dan antarabangsa, dan saya telah bernasib baik di pilih untuk menerima anugerah ini.

Namun, saya telah membiayai wang sendiri untuk penerbangan ke Perth. Oleh itu, fellowship ini tidak memerlukan sebarang bantuan kewangan dari pihak UMS. Berikut disenaraikan pencapaian saya semasa berada di Curtin University dan tindakan seterusnya yang boleh menimbulkan kebaikan kepada UPEP dan SSS, kalau dapat diterima dengan baik oleh SSS, insya-Allah.

PENCAPAIAN

Penulisan kertas kerja bertajuk SMALL HOLDER OIL PALM PRODUCTION: MIGRATION AND CLAIMS MAKING untuk jurnal, berasas kepada seminar yang saya beri di Curtin University.

Permohonan geran penyelidikan [1] bergabung (seed grant) dengan ahli2 RUSSIC berkenaan ‘vulnerability dan risk’ terhadap komuniti yang mengalami ‘natural/environmental hazard’ – Malaysia (Sabah, banjir di Telipuk), Indonesia (Jawa – selepas tsunami), Philippines, Timor Leste dan Jepun.

Edited volume bertajuk ‘OIL PALM CULTURES’ dengan Prof. Madya Dr. George Curry (RUSSIC); Fadzilah Majid Cooke, UPEP/UMS, dan John Foals (Copenhagen University, Denmark) – Penyelidikan saya berkenaan oil palm and community development yang telah dibiayai oleh UNESCO – tamat 2006, akan digunakan sebagai asas.

Seminar di Technology Park, Curtin University berkenaan Anthropogenic Forest

Perbincangan [2] dengan Professor Dr. Jack Carlsen, Chair, Centre for Sustainable Tourism, Curtin University

Yang ikhlas

PROF. MADYA DR. FADZILAH MAJID COOKE

Nota: Untuk melihat laporan penuh sila download sini.







[1] Sebagai kesinambungan, saya bercadang akan meminta geran UNESCO bulan Disember tahun ini untuk memperbesarkan projek ini merangkumi banjir di Kinabatangan. SPIU yang boleh di bawa bersama selain dari UPEP adalah: SSS – program Geography; IBTP research centre yang munkin di tubuhkan di Lower Kinabatangan.

[2] Prof. Carlsen menggalakkan pensyarah di UMS mencuba mendapatkan Curtin fellowship untuk masa akan datang bergantung kepada persediaan pensyarah itu sendiri. Fellowship ini adalah ‘competitive’ seperti di sebut di atas. Beliau bercadang akan menggunakan sabattical nya untuk datang ke UMS tahun depan kalau di jemput, untuk memperkenalkan metod participatory planning dalam tourism. Oleh kerana ramai penyelidek UMS dari SSS, SPE dan IBTP yang aktif dalam bidang eco tourism, saya anggap ini adalah satu peluang baik yang tidak memerlukan kos yang tinggi (sabbaticalnya di biayai oleh Curtin University).

Comments (1) »

Fellowship di Curtin University (Perth, Australia)

Congratulations to Dr. Fadzilah who will be taking leave in May and June to work with the Research Unit for the Study of Societies in Change (RUSSIC) at Curtin University, Perth.  Dr. Fadzilah has been awarded a fellowship by Curtin University for collaborative work (publishing and research) with members of RUSSIC in the area of society and the environment. Dr. Fadzilah says that for the two months she is away she plans to specifically focus on:  a)  shaping several working papers into journal publications; and  b) finding ways for RUSSIC and the Research Unit for Ethnography and Development (UPEP)  of which she is Head,  to work together for mutual benefit.  RUSSIC is a multi-disciplinary research unit based at Curtin University but with members from other Universities in West Australia who share a common interest in the societies and environments of Asia. In the social sciences its membership is particularly strong in communication studies, anthropology/sociology and human geography. The fellowship is an annual grant to deserving scholars whose applications are subject to competitive bidding. 

Similar fellowships are offered by many Australian universities for international collaboration in a range of areas and is open to everyone.  Interested applicants are encouraged to identify the individuals or groups they want to work with prior to submitting an application. Dr. Fadzilah would be happy to assist UMS scholars who are interested in these fellowships to locate possible institutions.   

WE APPRECIATE YOUR OFFER FADZILAH AND WISH YOU BON VOYAGE.

Leave a comment »

Ceria Bersama ANSOS & Hubungan Industri


Pada 24 Mac 2007, Program Antropologi & Sosiologi telah bergabung dengan Program Hubungan Industri menjayakan projek gotong-royong sekolah. Aktiviti sebegini adalah julung-julung kali diadakan. Tahniah kepada Cik Jalihah (ANSOS) dan Pn. Kee Sabariah (HI) yang mengasaskan idea ini. 


Lebihkurang 40 pelajar daripada kedua-dua program tersebut telah bergotong-royong membersihkan sekitar kawasan sekolah. Mereka juga telah mengecat dua segmen kecil di kawasan taman serta tebing jalan sepanjang laluan masuk ke lobi SS. Terima kasih semua. Kerana anda, sekolah kita tambah ceria!
J

Titik tidak membuat tinta,
Tapi tinta membuat titik;
Cantik tidak membuat cinta,
Tapi cinta membuat cantik.

Leave a comment »